Search This Blog

Saturday, December 1, 2012

Belawan, Indonesia

Pertama kali dalam hidup aku telah menjejaki negara Indonesia. Aku pergi berseorangan dan tujuan aku ke sana untuk melawat maid aku yg pertama. Bik Masrah yang tinggal di Bagan Deli, Belawan, Kota Medan.  sebuah perkampungan nelayan.

Pada 7.2.2012 aku tiba di Polonial Airport dengan menggunakan pesawat Air Asia. Tiba di sana aku sudah dijemput oleh keluarga Bik Masrah. Aku dibawa ke kampungnya dari medan menggunakan 'mobil'. Kalau di Malaysia kereta. Perjalanan mengambil masa selama sejam untuk sampai ke Bagan Deli, Belawan.



Pintu Gerbang Pelabuhan Belawan
Bagan Deli, Belawan adalah kawasan perkampungan yang berhampiran dengan pelabuhan Belawan. Pada masa dulu jika kita hendak ke Medan dari Pulau Pinang menggunakan feri, feri akan berlabuh di Pelabuhan Belawan.



Taraf ekonomi di sini amat menyedihkan...Kalau kita orang Malaysia datang ke sini ibarat orang kaya. Jika ada 'mobil persendirian' datang masuk ke kampung akan menjadi perhatian orang kampung. Ini kerana orang kaya sahaja dapat membeli mobil. Tapi orang Indonesia datang ke Malaysia "berlagak plak"...hehehehe

Kedai menjual air mineral & gas LPG
Aku bermalam di rumah anak bik masrah. Anaknya berniaga di kampung itu. Beliau berniaga menjual air mineral atau air bukit dan juga gas memasak (LPG) . Di sini air yang disediakan oleh kerajaan tidak digalakkan minum terus.Harga segelen air Rp 2500 (lebih kurang 80 sen RM).

Peniaga Bakso
Penjual Jamu
Suasana malam di kampung memang best...mcm zaman aku thn 80-an dlu...tp sedih jgk orang sana. Susah sgt..xbanyak sgt aktiviti yang aku buat sbb esok pagi nak p kota medan untuk bertemu dengan kawan aku.









Gerai Makanan





No comments:

Post a Comment