Search This Blog

Saturday, December 1, 2012

Beras

BERAS

Nasi adalah makanan ruji bagi penduduk Malaysia...memberikan kita sumber karbohidrat kepada tubuh badan kita iaitu tenaga. Tetapi kita tidak mengetahui bagaimana proses daripada padi menjadi beras. Dulu aku pun xtau proses ni...tau makan jer.

Padi yang dituai di sawah dan dikumpulkan. Kemudian di bawa ke kilang-kilang memproses padi. Apabila sampai di kilang, ditimbang dan dimasukkan ke dalam tabung atau org-org kilang panggil 'kolam' untuk dikeringkan. Kekadang padi yang datang ke kilang dalam situasi yg berbeza...basah dan kering. Maknanya padi perlu dikeringkan sebelum diproses. Pelbagai kaedah pengeringan yang dilakukan. Pada zaman thn 80-an proses pengeringan dilakukan dengan menjemur di kawasan lapang sehingga kering. Pada masa sekarang, padi dikeringkan dengan menggunakan proses pembakaran sekam (kulit padi). Haba panas yang terhasil daripada pembakaran ini digunakan untuk mengeringkan padi. Padi akan dikeringkan sehingga 16jam. Jika kurang padi akan lembap yang akan menyebabkan beras yang dihasilkan akan berbau masam apabila dimasak dan jika terlebih padi akan terlampau kering dan akan menyebabkan beras yg dihasilkan nanti akan hancur.* Nanti aku akan ceritakan kenapa nasi yang kita masak lembik,masam dan sbgnya.

Langkah Pertama :
Padi akan dimasukkan dalam mesin untuk diayak untuk mengasingkan padi dan bendasing spt jerami padi.

Langkah Kedua:
"Beras Perang"
Padi akan dimasukkan ke dalam mesin "HUSKER" untuk membuang kulit padi atau sekam padi untuk menghasilkan beras. Proses disini beras perang terjadi. Beras perang amat baik untuk kesihatan. Tekstur keras sedikit berbanding beras yang kita makan.







Langkah Ketiga:
Beras perang ini akan dimasukkan ke dalam mesin "POLISHER" untuk membersihkan beras menjadi putih. Di sini hasil yang dikeluarkan adalah beras putih dan dedak beras. Dedak beras berwarna coklat cair..Kegunaan dedak beras adalah untuk membuat minyak dan makanan ternakan.

Langkah Keempat:
Beras putih yang dihasilkan sebelum ini adalah berdebu. Oleh itu beras akan dimasukkan ke dalam mesin "SHINING" untuk mengilatkan beras supaya kelihatan cantik dan dimasukkan pula ke dalam mesin "DESTONER" untuk mengasingkan beras dan bendasing di dalam beras seperti batu.

Langkah Kelima:
Kebanyakan kilang pada masa sekarang sudah ada dan ramai juga pengilang belum memasang mesin ini kerana kos yang amat tinggi. Beras akan dimasukkan ke dalam mesin "COLOUR SORTER" untuk mengredkan beras. Beras yang dihasilkan selepas proses ini adalah yang terbaik. Putih dan cantik...

Inilah serba sedikit penerangan daripada saya untuk proses beras.

No comments:

Post a Comment