Search This Blog

Friday, May 3, 2013

KEPADA SEMUA PENGUNDI...

salam.....

Petikan Dr. Maza..
"..orang muslim tidak boleh memaki hamun dan menggunakan perkataan yang jelek..boleh mengkritik dan membantah, boleh sinis dan sindir tapi dengan perkataan yang tidak kotor dan jijik..sesiapa yang terlibat dengan kempen PRU dan merasakan dirinya muslim wajar mengawal adab dirinya ketika berkempen..samada perkataan ataupun tulisan..dia hendaklah sedaya mungkin untuk mengikut adab-adab Islam dalam berkempen dan berkomunikasi dengan manusia lain terutama dalam musim PRU ini..jangan jadi PRU musim membanyakkan dosa dan perangai 'syaitan'.."





Renung-renungkan...

Thursday, May 2, 2013

ISU AIR FREE DI SELANGOR...

Kdg2 aku dgr isu air FREE kat selangor ni ada yg xdapat...heran aku..kenapa aku yg dok kat selangor ni dpt air FREE tp ada yang xdpt.WHY????





Kejadian ni berlaku pd diri aku dalam minggu ni jgk. Dalam proses nak cari rumah apartment. So aku cari yang terdekat ngan aku. So bila aku bertanya psl isu air FREE ni rupanya sistem air bagi rumah apartment atau flat adalah sistem pukal.

Semua penghuni yang tinggal di apartment membayar bil air kepada pihak pengurusan bukan kepada pihak SYABAS. so patutla penghuni tidak dapat air FREE...ini kisahnya.baru aku faham. Dulu aku pertikai jgk isu air ni. Bila aku tanya beberapa kawan rapat yang ada rumah apartment, mmg xdpt air FREE dr kerajaan Selangor.

Mungkin sesetengah rumah apartment atau flat diuruskan oleh pihak pengurusan yang dimiliki oleh pihak ketiga.






Mungkin kita bleh minta pihak kerajaan negeri Selangor berunding dengan syarikat yang menguruskan apartment atau flat bagi menjalankan meter air individu...

Sumber gambar : Sahabat-Gunung.blogspot

Bahayanya khabar angin....

Dalam sejarah Islam juga telah memberikan petunjuk dan teladan kpd kita. Apa yang blaku di dalam Peperangan Jamal atau Perang Unta? Cuba kita renungkan...Peperangan berlaku di antara Penyokong Saidina Ali (Menantu Rasullah) dan Isteri Nabi ( Aisyah) .

Bayangkan sesama Islam boleh berperang...mana silapnya. Merujuk ucapan Dr MAZA yang mengatakan peperangan ini disebabkan dengan khabar angin. Mungkin bg saya adalah FITNAH. perkara ini telah pun berlaku di kalangan kita sekarang.

Allah jdkan manusia berbeza-beza dari segi pendapat. Memang lumrah manusia berbeza pendapat. Cuba kita selesaikan dengan tenang dan aman.


Wednesday, May 1, 2013

PRU13 ## TURUNKAN HARGA KERETA.....JANJI BN antara MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Sebut pasal harga kereta TURUN, spa yang xseronok...bleh dikatakan semua pihak akan seronok. Aku pun seronok..so disini kita tgk PERBEZAAN ATAU PERSAMAAN.

Kita jangan tgk tajuk tawaran itu sahaja...cuba nilai dari sudut mekanisme untuk melaksanakan JANJI/MANIFESTO tersebut. Banyak sumber yang kita bleh rujuk pada masa lani.

MANISFESTO Pakatan Rakyat, tgk video ni. klik

JANJI BARISAN NASIONAL

 Menurut sumber yang aku dpt cara @ mekanisme untuk menurunkan harga kereta bagi BN adalah berbincang dengan pengeluar kenderaan. Pandangan aku contohnya klu nak kurangkan harga kereta keluaran TOYOTA, so perbincangan dengan pihak TOYOTA bagi mengurangkan harga kereta. Apa komen anda?

Menyemak Dasar Automotif Negara untuk mengurangkan harga kereta secara berperingkat. Rujuk Dasar Automotif Negara klik disini.

Penjelasan kurang ttg JANJI BN ni.kalau sesiapa ada info bagaimana hendak menurunkan harga kereta TOLONG maklumkan kepada saya.

Bukan saya hendak menangkan sebelah pihak tetapi saya memerlukan info bagi saya untuk MEMILIH...



Dato' Dr. Hasan Ali....SILAP atau TERLUPA??

Tertarik aku dgn satu video di dalam You tube berkenaan dgn manifesto. Wawancara dgn Dato' Dr Hassan Ali. Cuba tgk video wawancara tersebut. Link: DEBARAN PRU13

Apa yang menarik cuba tonton pada minit ke 10:39 yang mengatakan pasal kenaikan pembayaran hasil petroleum kpd negeri2 pengeluar petroleum dr 5% kepada 20%. Beliau mengatakan Manifesto Pakatan Rakyat TIDAK REALISITK.

So aku tgk dalam manifesto BN atau JANJI BN.






So apa komen Anda? Jika saya ada buat silap minta teguran...Renung-renungkan..

UNDI ANDA adalah SUARA ANDA...

Pada 5hb May 2013 adalah tarikh yang bersejarah bg Malaysia...PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13)..bagi semua rakyat Malaysia keluarlah mengundi untuk memilih Kerajaan. Undi adalah suara kita...bagi sesiapa yg mempertahankan ideologi masing-masing,so KELUAR mengundi.Pilih PEMIMPIN yang BOLEH MEMIMPIN.

Ramai pihak yang bkata PRU13 adalah paling sengit. Mcm2 kemungkinan yang akan berlaku. Ada yang kata kerajaan sekarang akan KEKAL dan ada yang berkata PERALIHAN KUASA akan berlaku. Dato' Seri Najib pun berkata semasa hari Pembubaran Parlimen.

UNDI ANDA ADALAH SUARA ANDA!!!

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=EFP4hOr-ZZE

Untuk semak nama anda layak sebagai pengundi atau tidak, semak disini.

MEMILIH SEORANG PEMIMPIN....PRU 13

Untuk memilih seorang pemimpin bukannya mudah...Allah swt telah memberikan kita AMANAH untuk memilih seorang PEMIMPIN....Allahuakbar!!! Berat wooo...

Kita sebagai seorang MUSLIM ada byk perkara yang harus dipertimbangkan...

TIP-TIP UNTUK MEMILIH PEMIMPIN.

agak-agaknya ada x pemimpin yang mcm tu masa lani...RENUNG-RENUNGKAN...